Friday, September 16, 2016

Secangkir Cinta Buat Salsabila


Assalamualaikum Salsabila.. Apa khabar...? Ayah dan ibu harap Salsabila sihat semasa membaca blog ni.. Blog ini ayah buat khas untuk Salsabila.. hehehe.. Terlalu banyak yang perlu ayah dan ibu ceritakan kepada Salsabila.. Ayah harap dengan adanya blog ni, ayah dan ibu dapat ceritakan segalanya kepada Salsabila tentang keluarga kita, asal usul kita, supaya kita tidak mudah lupa diri..

Mungkin masa Salsabila baca blog ni, Salsabila dah pun besar.. Dah sekolah.. Dah di belajar di universiti ataupun dah kerja.. Sekarang ni Salsabila masih tengah tidur, maklumlah, sayang ayah ni baru je berumur 1 bulan 17 hari.. Hehehe.. Comel2 lagi Salsabila masa ni.. Harap2 dah besar nanti pun comel jugalah akhlaknya... 

Salsabila... Ayah dan ibu nak Salsabila tahu yang kita ni bukanlah berasal daripada keluarga yang senang lenang, jutawan, banyak harta.. Oleh sebab itu, ayah dan ibu harap, apabila Salsabila besar, utamakanlah hubungan kekeluargaan antara kita.. Biarpun kita susah, janganlah kita menyusahkan orang lain.. Salsabila kakak sulong, anak nombor satu ibu dan ayah.. Permata keluarga pertama yang lahir untuk memberi seri dalam kehidupan ibu dan ayah.. Oleh itu, bila Salsabila besar nanti, teruskan.ah menjadi permata yang menjadi seri kepada adik-adik dan ibu ayah...

Ayah rasa ckuplah itu sebagai permulaan ya... Lain kali ayah sambug lagi... Ayah dan ibu saaaaayaaaaaannggg Salsabila sangat2... Muaaaaah.. Hehehehe...